NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA
Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakarmengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan
Ini
adalah novel pertama yang saya miliki . Novel setebal 583 muka surat seumpana tak puas untuk menatap ceritanya
yang begitu menarik. Mengisahkan Aleya, seorang gadis yang cantik dan
berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan
pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan
sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril.
Syed
Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis.
Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang
paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah
menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada
ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
“Salahkah
Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?
Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang
Leya miskin tapi Leya juga jugak ada maruah diri.”
Terjadinya
suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong
dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
“Saya
telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah
menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung
mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan
masyarakat sekeliling.”
Kuasa
cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas
penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih
antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril
yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego,
bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap
merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di
hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
“You
dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan
pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I
takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I
janji.”
Namun,
ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang
lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya
merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan
cinta sucinya.
“Leya
jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan
perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya.
Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma
seketika.”
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
“Namun
dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh
suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta
pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya
tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri.
Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”
Cinta…cinta
telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana,
seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh
cinta dan kasih.
“Selama
aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak
pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai
bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan
lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”
Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang .
Sinopsis dari kulit novel :
"Jangan
salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali
menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh
membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat
pada saya."
"Saya
telah menjadi balu seblum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi
anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa
suami di sisi. Saya pekakan telinga mendengar cemuhan masyarakat
sekeliling."
Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuginya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama
aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku
tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum
menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu
untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Ulasan Penulis Novel Andai Itu Takdirnya:
Umpama
mimpi dalam mimpi. itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham
saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka
berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sebagai
seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan
pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik
tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah
yang sama. Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti
dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam
terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu
bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang.
Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya
akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas
kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk
saya tetapi satu anugerah dari-NYA. ~ Siti Rosmizah ~
◀ ▶